GANDAKAN PAHALA MELALUI JALAN WAKAF
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itupula mengandungi serratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
KEMPEN BELI & WAKAF AL-QURAN
PROGRAM KASIH IKHLAS AAT
“طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم”
"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim."
(HR. Ibnu Majah)
BANTU PENYEBARAN ILMU MELALUI WAKAF
Program Kasih Ikhlas AAT merupakan Program Wakaf Al-Quran yang ditubuhkan sejak tahun 2009. Kami telah membantu lebih 30,000 pelajar tahfiz yang memerlukan Al-Quran baru, premium dan berkualiti.
Oleh itu, Al-Quran yang disasarkan sebanyak 500 naskah secara secara bulanan diperlukan untuk tujuan agihan kepada anak-anak tahfiz, anak-anak yatim, institusi pengajian, sekolah, masjid, surau, rumah mengaji, madrasah, dan golongan asnaf.
KELEBIHAN WAKAF?
Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT
Langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT
Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
Berkongsi manfaat dikalangan umat islam
Mengalirkan pahala untuk pewakaf yang masih hidup atau telah meninggal dunia
KENAPA PERLU BERWAKAF?
✅ Ganjaran pahala yang sentiasa mengalir
✅ Berkongsi manfaat dikalangan umat Islam

.jpg)
.jpg)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Oleh itu, ayuhlah menyumbang selagi mampu agar kebaikan dan pendidikan ahli Al-Quran dapat terus disebarkan. Duit yang disalurkan untuk tujuan memberi pendidikan anak-anak yang kurang bernasib baik merupakan satu usaha mulia yang boleh menjadi saksi di hadapan Allah kelak tambahan apabila mereka menggunakan ilmu tersebut untuk jalan kebaikan. Semoga kita tergolong sama dalam kalangan ahli Al-Quran dengan sumbangan kita. Aaminn.
Daripada Abu Hurairah,
(Sahih al-Bukhari)
*******************************************************************