Akaun andaluskasihikhlas.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"HADIAH BUAT IBUBAPA TERSAYANG"


Sabda Nabi S.A.W;

“Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh terhadap ibubapanya, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat

Cuba Tuan/Puan bayangkan suatu hari nanti apabila mata ibu bapa kita sudah tertutup rapat, sebagai seorang anak yang soleh kita sangat mahukan ibu bapa kita mendapat belas ihsan daripada Allah SWT supaya ada satu pahala amal kebaikan yang terus menerus mengalir seperti air zamzam walau kita sudah tiada nanti.



KELEBIHAN WAKAF?

Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT

Langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT

Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia

Berkongsi manfaat dikalangan umat islam

Mengalirkan pahala untuk pewakaf yang masih hidup atau telah meninggal dunia


KENAPA PERLU BERWAKAF?

 Ganjaran pahala yang sentiasa mengalir

 Berkongsi manfaat dikalangan umat Islam


Sebanyak 500 naskah Al-Quran disasarkan setiap bulan untuk diagihkan kepada pusat tahfizmadrasah,  masjid, surau dan juga mana mana institusi pendidikan. Sumbangan daripada Tuan/Puan sekalian amatlah diperlukan untuk memastikan kelancaran misi ini.


BERWAKAF KEPADA SIAPA?

Banyaknya Al-Quran lama dan lusuh di Maahad Tahfiz. Allahu sedihnya rasa. Nak beli baru mereka memang tidak mampu. Rasa nak sangat bantu pelajar Maahad Tahfiz ini untuk memiliki Al-Quran yang lebih baik dan bermanfaat.


Bantulah pelajar ini dengan membeli dan mewakafkan Al-Quran Pendidikan ini kepada Program Kasih Ikhlas. Program ini berjalan dari tahun 2009 lagi. Kami telah membantu lebih 30,000 pelajar tahfiz yang memerlukan Al-Quran baru,  premium dan berkualiti.




Inilah antara wajah PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ di yang menerima Al-Quran Premium hasil dari sumbangan wakaf Tuan/Puan.  Mereka inilah pelapis para pendakwah dan ulama yang bakal memimpin kita ke jalan yang benar.
Namun tak semua mereka mampu melanjutkan pengajian ke luar. Dengan kos tiket dan sara hidup. 
Oleh sebab itu, pihak kami berusaha sedaya upaya untuk menjayakan program ini supaya kesemua pelajar tahfiz yang ada mendapat Al-Quran yang baru serta memberi semangat kepada mereka untuk melanjutkan pengajian mereka sehingga peringkat Shahadah.
Setiap mushaf Al-Quran yang diwakafkan akan disertakan dengan pelekat senarai nama para pewakaf sebelum dihadiahkan kepada golongan penerima. Semoga menjadi asbab kebaikan dan saham akhirat bersama.


PILIH PAKEJ SEPERTI DIBAWAH:



CARA-CARA UNTUK MEWAQAFKAN AL-QURAN 

Justeru, tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Itulah tafsiran daripada petikan hadis Nabi Muhammad SAW khusus menyarankan umatnya untuk sentiasa memberi. Keywordnya mudah, “BERKONGSI”.


Akad Wakaf

"Saya (Nama Wakil Pewakaf) mewakafkan Al-Quran Ade Azhar dengan nilai (Nilai Wakaf) kepada golongan memerlukan dengan nama-nama yang telah diniatkan, kerana Allah Taala.



*Para pewakaf dari Singapore boleh menggunakan option Stripe untuk berwakaf